JANUARI 2024

Inisiatif Ekonomi Digital Sarawak Diiktiraf Dunia


KUCHING: Anugerah Kerajaan Digital 2023 yang diterima Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) mengiktiraf peranan Sarawak dalam penggunaan infrastruktur dan teknologi digital seperti infrastruktur telekomunikasi dan hab inovasi untuk pembangunan ekonominya. 

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata penganugerahan itu adalah perkembangan positif dan usaha Kerajaan Sarawak telah mendapat pengiktirafan daripada global.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyerahkan sijil dan trofi Anugerah Kerajaan Digital 2023 oleh Asian-Oceanian Computing Industry Organisation (ASOCIO) kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Anugerah tersebut diterima semasa Majlis ASOCIO Tech Excellence Awards bersempena ASOCIO 2023 Digital Summit di Seoul, Korea 14 November tahun lalu.

Trofi dan sijil kepada kerajaan ini amat penting sekali kerana ianya pertama memberi isyarat bahawa apa yang dilakukan oleh Sarawak pada masa kini terutama sekali melibatkan transformasi digital dan juga digital ekonomi, jelas Julaihi.

Tambahnya, pengiktirafan itu turut memberi isyarat awal bahawa transformasi digital yang dibawa oleh kerajaan Sarawak membolehkan Strategi Pembangunan Pasca Covid 19 (PCDS) 2030 dicapai.

Sumber dari : Jiwa Bakti